SISTEM PENDIDIKAN NEGARA ABAD KE-21 BRUNEI DARUSSALAM DALAM MELESTARI KETAMADUNAN ISLAM NEGARA ZIKIR: CABARAN DAN HARAPAN
Abstract
Sistem pendidikan memainkan peranan penting dalam menyumbang pembangunan dan melestari ketamadunan bangsa sesebuah negara dengan mengambil kira kepentingan aspek mental dan fizikal serta aspek rohani dan spiritual. Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 (SPN21) merupakan sistem pendidikan bersifat holistik. Dengan menggunakan kaedah perpustakaan dan berasaskan beberapa kajian lepas, artikel ini menghuraikan Sistem Pendidikan Negara Abad ke-21 (SPN21) dalam melestari ketamadunan Islam Negara Zikir dan mengemukakan pendidikan melalui teladan serta memiliki sifat murabbi dalam proses pengajaran dan pembelajaran dalam SPN21 yang memberi tumpuan dan fokus kepada pelajar (student centered learning) sebagai satu pendekatan. Dengan itu, SPN21 akan memberi memberi kesan dalam menangani permasalahan globalisasi yang antaranya memberi impak kepada pemikiran dan pembentukan akhlak individu pelajar Islam di Negara Brunei Darussalam.






