IBN TAYMIYYAH'S CRITIQUE OF ARISTOTELIAN METAPHYSICS
Abstract
Satu dari persoalan utama perdebatan di antara para ahli falsafah Islam, khususnya di antara Ibn Taymiyyah dan Ibn Sina, adalah metafizik, terutama berkenaan persoalan utamanya. Bagi Ibn Taymiyyah, persoalan utama metafizik adalah wujud kulli yang mutlak (al-wujud al-kulli al-mutlaq), iaitu Allah SWT dan ia dapat dicapai dengan mengkaji Sifat-sifat DhatNya (lawahiq al-dhatiyyah). Manakala bagi Ibn Sina pula, ia adalah kewujudan (al-mawjudat), segala kewujudan berilat (kullu mawjud ma?lul) atau usul bagi segala kewujudan berilat, dan bukannya Allah SWT. Pemahaman yang berbeza ini telah mempengaruhi pandangan yang berbeza tentang kewujudan Allah SWT dan tentang penciptaan alam.






