TUJUAN PENDIDIKAN DAN KAEDAH PENGAJARAN ABU HANIFAH DALAM KITAB AL-'ALIM WA MUTA'ALLIM
Abstract
Tujuan pendidikan dan kaedah pengajaran merupakan antara elemen penting dalam proses pendidikan. Ia berkait rapat dengan usaha merealisasikan pendidikan berkualiti dan pengajaran berkesan kepada para pelajar. Makalah ini akan menjelaskan kedua-dua aspek tersebut menurut Imam Abu Hanifah berdasarkan karya beliau al-'Alim wa al-Muta'allim. Karya tersebut adalah hasil catatan dialog Abu Hanifah selaku al-'Alim dengan salah seorang murid beliau yang bertindak sebagai al-Muta'allim. Makalah ini mengetengahkan huraian mengenai tujuan pendidikan menurut Abu Hanifah dan kaedah pengajaran yang diaplikasikan dalam karya tersebut.






