THE CONCEPT OF THE PEOPLE OF THE BOOK (AHL AL-KITAB) IN ISLAMIC RELIGIOUS TRADITION

Authors

Abstract

Persoalan mengenai Ahli Kitab merupakan salah satu daripada isu utama yang masih dibicarakan pada hari ini. Golongan ini bukan sahaja mendapat perhatian khusus daripada al-Quran dan al-Hadis, malah turut menjadi bahan perdebatan di antara para sarjana Islam dan Barat. Perbincangan mengenai golongan ini menjadi lebih serius apabila seorang sarjana Islam, Muhammad 'Abd al-Karim al-Shahrastani (m.548/1153), mengetengah satu golongan Ahli Kitab lagi yang dikenali dengan nama "Man Lahu Shubhat Kitab" atau "Ahl Shubhat Kitab" (golongan penerima suhuf yang diragui kesahihannya). Walau bagaimanapun, penulisan ini akan menyentuh perbahasan mengenai siapakah Ahli Kitab daripada perspektif para sarjana Islam dan apakah kedudukan agama mereka, iaitu Agama Yahudi dan Kristian di sisi Islam. Diharapkan semoga perbincangan ini dapat melontarkan fahaman yang kemas mengenai golongan Ahli Kitab ini seterusnya membantu kita memahami kedudukan mereka dalam Islam secara lebih jelas.

Downloads

Published

2005-06-01

How to Cite

THE CONCEPT OF THE PEOPLE OF THE BOOK (AHL AL-KITAB) IN ISLAMIC RELIGIOUS TRADITION. (2005). Afkar: Jurnal Akidah Dan Pemikiran Islam, 6(1), 15-36. https://malindojournal.um.edu.my/index.php/afkar/article/view/2238

Most read articles by the same author(s)

1 2 > >>