FIKR MALIK BIN NABI WA AL-MUJTAMA' AL-MALAYUWWIY AL-MUSLIM FI AL-'ASR AL-HADIS
Abstract
Artikel ini cuba menganalisis pandangan dan pemikiran Malik Bennabi tentang konsep masyarakat berperadaban. Ia juga cuba meneliti dan mengkaji realiti semasa masyarakat Melayu dari perspektif pemikiran dan fahaman Malik Bennabi tentang konsep masyarakat berperadaban di atas. Artikel ini juga cuba membuktikan tentang apa yang dijangkakan oleh Malik Bennabi lima puluh tahun yang lalu bahawa peradaban Islam nanti akan berpusat di Alam Melayu merupakan suatu harapan dan kemungkinan, dan bukanlah suatu perkara yang mustahil.






